Showing posts with label fasha. Show all posts
Showing posts with label fasha. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

fasha kawen duda nora danish!??



Fasha Sandha kahwin Rizal Ashram (Bekas Suami Nora Danish) Disember Ini?
Sudah terang lagi bersuluh. Hubungan seorang selebriti popular dengan bekas suami seorang artis ini. Dulu kecoh kisah percintaan mereka, tapi biasalah takkan si selebriti dan kekasihnya nak mengaku. Bermati-matian si selebriti menafikannya.

Mana tidaknya! Kekasihnya ketika itu masih memegang title `suami orang’. Senyap seketika kisah mereka, kini khabarnya si selebriti sedang melakukan persiapan hari bahagianya.

Insan yang dipilih tidak lain, tidak bukan ialah bekas suami artis berkenaan. Khabarnya mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan Disember ini. Kalau benarlah khabar angin yang Raja dengar, rasanya mungkin meletus gunung berapi sekali lagi. Kita tunggulah nanti.

Dulu beriya-iya benar menafikan berkasih, bercinta dengan suami seorang artis, namun dalam diam-diam, hancur lumat rumah tangga artis berkenaan dikerjakan. Bila wartawan tanya, kata mereka cuma kawan lama dan tidak pernah berhubungan namun di sebaliknya mereka memang menjalinkan hubungan sulit dan sering dilihat keluar masuk pusat hiburan bersama.

Raja memang sudah lama dengar si selebriti masih menjalinkan hubungan dengan suami artis berkenaan, apatah lagi bila si kekasih sudah menceraikan isterinya, tentulah kaduk semakin naik junjung. Seorang teman pernah terkejut besar apabila terserempak dengan si selebriti dan buah hatinya itu. Si kekasih siap memperkenalkannya si selebriti sebagai kekasih, sedangkan ketika itu, kes perceraiannya belum selesai lagi. Jadi apakah maknanya itu?

Rasanya kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seorang artis baru yang cuba mendekati si selebriti juga pernah diberi amaran keras oleh si kekasih supaya jangan mendekati buah hatinya itu. Katanya, `dia milik saya’. Terkedu seketika artis baru berkenaan.

Siapa rasa bukan Fasha Sandha angkat tangan! Ha ha!

sumber;http://www.ohbulan.com/gossip-fasha-sandha-kahwin-rizal-ashram-bekas-suami-nora-danish-disember-ini/

Tuesday, June 24, 2008

desas desus cinta fasha

celoteh salmahkecoh; malas nak kecoh2 lah hari ni..takde mood ni nak gossip huhu..
sumber;http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/fasha-dan-cerita-cinta/729/


Fasha Sandha memang kerap menjadi cerita di akhbar dan majalah kerana sifatnya yang sentiasa mahu memberi komen apabila diajukan apa sahaja soalan, termasuk pasal hal peribadi. Minggu ini pula orang memperkatakan pasal kisahnya dengan seseorang pula.

Fasha mengaku sedang berkawan dengan seseorang yang bekerja sebagai anggota tentera yang bujang dan berusia 24 tahun. Tapi Fasha enggan pula menjelaskan lebih lanjut latar belakang lelaki yang dimaksudkan sedang berkawan dengannya itu.

Bulan lalu heboh pula orang bercakap pasal hubungannya dengan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk iaitu Datuk S. Tiba-tiba ada cerita lain pula. Sebenarnya banyak yang tak suka apabila kerap sangat kisah peribadi menjadi bahan paparan. Macam tak ada cerita pasal perkembangan seni lakonan pula.

Ada juga yang buat andaian tentera yang dimaksudkan itu seorang kerabat diraja, Tapi Fasha enggan komen apabila media tanya kepadanya pasal perkara itu. Sebelum ini ada juga nama Fasha dikaitkan dengan kerabat diraja. Tak tahulah sama ada tentera dan kerabat diraja itu orang yang sama. Hanya Fasha yang boleh sahkan.

Dalam bercerita dan mengesahkan sedang mengenali jejaka berusia 24 tahun itu, Fasha masih mahu main tarik tali apabila enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengatakan akan memberitahunya bila tiba masa yang sesuai.