Tuesday, June 24, 2008

desas desus cinta fasha

celoteh salmahkecoh; malas nak kecoh2 lah hari ni..takde mood ni nak gossip huhu..
sumber;http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/fasha-dan-cerita-cinta/729/


Fasha Sandha memang kerap menjadi cerita di akhbar dan majalah kerana sifatnya yang sentiasa mahu memberi komen apabila diajukan apa sahaja soalan, termasuk pasal hal peribadi. Minggu ini pula orang memperkatakan pasal kisahnya dengan seseorang pula.

Fasha mengaku sedang berkawan dengan seseorang yang bekerja sebagai anggota tentera yang bujang dan berusia 24 tahun. Tapi Fasha enggan pula menjelaskan lebih lanjut latar belakang lelaki yang dimaksudkan sedang berkawan dengannya itu.

Bulan lalu heboh pula orang bercakap pasal hubungannya dengan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk iaitu Datuk S. Tiba-tiba ada cerita lain pula. Sebenarnya banyak yang tak suka apabila kerap sangat kisah peribadi menjadi bahan paparan. Macam tak ada cerita pasal perkembangan seni lakonan pula.

Ada juga yang buat andaian tentera yang dimaksudkan itu seorang kerabat diraja, Tapi Fasha enggan komen apabila media tanya kepadanya pasal perkara itu. Sebelum ini ada juga nama Fasha dikaitkan dengan kerabat diraja. Tak tahulah sama ada tentera dan kerabat diraja itu orang yang sama. Hanya Fasha yang boleh sahkan.

Dalam bercerita dan mengesahkan sedang mengenali jejaka berusia 24 tahun itu, Fasha masih mahu main tarik tali apabila enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengatakan akan memberitahunya bila tiba masa yang sesuai.

No comments: