.jpg)











sumber;email
.jpg)
Tentunya tiada tempat yang lebih indah dan syahdu untuk berpuasa dan beribadah selain daripada di Makkah sendiri bukan?
Murai Batu difahamkan, selain kakak ipar Siti, anak tiri bongsunya pun ikut sama ke Tanah Suci sejak permulaan Ramadan tempoh hari hinggalah kelmarin. Ini juga bukan pertama kali Siti ke Makkah kerana dia sudah berkali-kali mengerjakan umrah dan akhirnya ibadah haji pada tahun lalu.
Ketika di sana, Murai Batu dapat tahu Siti tidak terus putus hubungan dengan rakan wartawan di Malaysia kerana dia masih menjawab panggilan telefon dan juga SMS yang penting. Malah ada wartawan yang ingin tahu kesahihan gosip terbaru yang menggemparkan iaitu Datuk K dikatakan sudah berkahwin lagi dengan seorang pramugari muda dan jelita, baru-baru ini.
Murai Batu dapat memahami perasaan Siti sebagai seorang isteri kerana siapa yang rela bermadu kerana madulah manisan paling berbisa untuk mereka yang berumah tangga. Mungkin ketika di Makkah baru-baru ini, Siti dan Datuk K turut berdoa semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan diberikan kekuatan hidup.
Murai Batu sendiri akan terus mendoakan kebahagiaan Siti dan Datuk K sepanjang masa dan anggaplah khabar angin itu sebagai satu penawar yang tidak akan menjadi kudis sekiranya kasih sayang suami isteri itu sentiasa disuburkan.