Saturday, July 26, 2008

gambar farah bertudung..



celoteh salmahkecoh;jgn silap ye farah paki tudung bi sebab dia pegang watak sebagai paparazzi dalam video clip je
sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1361&c=2&s=3

Ya, Farah ditugaskan menjadi seorang paparazzi yang mengejar sekumpulan jejaka. Itulah watak lakonan Farah sebagai model dalam klip video kumpulan Infinatez yang pernah menyertai GangStarz dan kemudian berlakon dalam pementasan Muzikal P Ramlee di Istana Budaya (IB).

tanpa peminat sapelah Nubhan.....






celoteh salmahkecoh;alamak akak tersiar lagilah cite pasal lubhan nii...kwang222...
sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1518&c=3&s=7

Tiada siapa dapat menafikan kejayaan pelajar Akademi Fantasia (AF) adalah hasil sokongan peminat. Lantaran itu, hubungan antara bintang AF dan peminat tidak seharusnya tetrhenti selepas program itun selesai.


Antara yang pantas bertindak adalah pemenang tempat ketiga AF6, Nubhan yang lebih dulu mengadakan majlis meraikan peminat, mengalahkan juara AF6 iaitu Stacy, sendiri.


Apa yang pasti, sebaik saja menjadi artis didikan Ning Baizura, nama Nubhan makin popular di hati peminat lebih-lebih lagi dengan lagunya Ada Untukmu yang merdu.


Majlis yang diberi nama Sepetang Bersama Nubhan itu berjaya mengumpulkan lebih 200 peminat Nubhan yang digelar Nubbies. Paling istimewa, program santai ini turut dihadiri Datuk Khalid Yunus serta Ning Baizura selain keluarga Nubhan sendiri.

Apapun, Nubhan mempunyai daya tarikan tersendiri yang pandai berjenaka ketika mengadakan persembahan apatah lagi ia melibatkan peminat. Contohnya acara pada petang itu Nubhan sering berjenaka.


Program yang diadakan di Restoran Bora Ombak ini didahului dengan ucapan dari wakil-wakil VIP dan diteruskan dengan majlis perlantikan ahli jawatankuasa (AJK). Tahniah diucapkan kepada mereka yang diberi tugasan ini dan berharap agar dapat menjalankan tugas dengan baik.


Tamat saja majlis perlantikan, tetamu dihidangkan dengan jamuan istimewa dan diteruskan dengan persembahan nyanyian Nubhan serta cabutan bertuah dan permainan kerusi muzik.


"Alhamdulillah, majlis yang dirancang kini menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong Nubhan selama ini. Insya-Allah, Nubhan akan buat yang terbaik untuk semua. Bagi Nubhan, peminat ni macam kawan Nubhan sendiri.


"Teruslah menyokong Nubhan. Tanpa anda semua, siapalah Nubhan," jelas Nubhan yang turut berpakaian jingga sesuai dengan tema majlis.

Thursday, July 24, 2008

erra keguguran!!





celotehsalmah kecoh;sedih dengar erra gugur..takper erra teruskan usaha lagi ye...
sumber;http://www.artis-malaysia.com/blog/2008/07/erra-fazira-miscarriage-keguguran/#more-148

suami erra Engku Emran Engku Zainal Abidin telah menerangkan kepada media mengenai berita sedih ini..kejadian ini berlaku mac 2008 ..

“We happy when we know Erra Fazira was pregnant. She was positive in pregnancy test. Erra Fazira was 2 weeks pregnant when that time. However, Erra Fazira was miscarriage after she do foot reflexology service”

Erra Fazira

Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik. Beliau menerima jolokan “Primadona Filem Melayu” ke atas dirinya sejak tahun 1994 hingga kini.

Wednesday, July 23, 2008

konsert inul batal!!





celoteh salmahkecoh;kesian penyanyi dangdut indonesia ni..nggak bisa bikin konsert di malaysia..huhu

sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1475&c=1&s=1

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2008:
Penyanyi Gelek Gerudi Indonesia, Inul Daratista, menangis dan hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya yang dijadual berlangsung di Johor Bahru, esok (Sabtu), dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Johor Bahru.


Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah, 29, yang muncul dalam sidang media di Hotel Concorde di sini petang tadi nyata tidak dapat menahan rasa sedih apabila diberitahu mengenai pembatalan Konsert Inul Live In JB itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.


Walaupun pihak penganjur IMS Prima Sdn Bhd (IMS) telah dimaklumkan secara lisan pada 16 Julai lalu berhubung permit tersebut ditolak, mereka hanya tampil mengesahkan perkara itu kepada Inul apabila bermulanya sidang media petang tadi.

Monday, July 14, 2008

cerita ina naim selepas melahirkan..

celoteh salmahkecoh;nihaa cite ina lepas melahirkan,,,

KERANA kasih pada isteri kesayangan, penyanyi, Mohd Suhaimi Saad, turut berpantang dan hanya menikmati hidangan wanita selepas bersalin.

‘Bukan apa, saya rasa tidak selesa makan makanan lain kerana terlalu kasihan padanya,’ akui Suhaimi, 28 tahun, kepada akhbar Harian Metro.

Suhaimi dan isterinya, Nordiana Md Naim, 24 tahun, menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Ehmad Hadie Alfardie, pada 25 April lalu.

Menurut Suhaimi, pengalaman bersama Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Ina, pada saat melahirkan anak dan menjaganya ketika berpantang adalah sesuatu yang amat bermakna.

‘Melihatkan keadaan Ina ketika hendak bersalin dulu, memang saya kasihan. Tetapi beliau isteri yang baik dan taat pada agama.

‘Sepanjang mengandung, beliau rajin membaca Al-Quran dan saya sendiri malu apabila jarang mengaji sepertinya.

‘Sesungguhnya berkat daripada Tuhan bila saya tanya pada Ina, beliau memaklumkan tidak merasai kesakitan yang teruk.

‘Malah, saya juga sanggup mencarikan air zam- zam dan kurma untuk Ina makan bagi memudahkan proses kelahiran,’ ujar Suhaimi.

Ina pula bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki sebaik Suhaimi, yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, In-Team, yang juga guru vokalnya.

‘Sebagai ibu bapa yang tidak ada pengalaman, saya dan suami sentiasa membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

‘Kami semakin boleh menyesuaikan diri dan saya bersyukur Suhaimi banyak membantu.

‘Kalau saya kurang sihat, beliau (Suhaimi) akan memasak, mengemas, membasuh pakaian dan menjaga anak. Mujur ada dirinya. Kalau harap saya seorang tidak tahulah macam mana.

‘Bahkan saya balik ke ibu kota selepas berpantang sebulan di kampung. Dalam tempoh itu, beliau yang menjaga. Ternyata kami melalui apa saja bersama dan saling membantu,’ kata Ina.

Ina, yang sebelum ini terlibat dalam kemelut percintaannya dengan juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, kini tampak bahagia hidup berkeluarga.

Bagi Suhaimi, agak sukar untuk dirinya membuat keputusan meninggalkan kerjanya sebagai guru di sebuah sekolah agama di Kuantan, Pahang.

Tetapi beliau tidak boleh melakukan dua kerja serentak.

Kerjaya sebagai penyanyi menuntutnya berada di Kuala Lumpur tetapi pada masa yang sama, beliau bekerja di Kuantan, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

Akhirnya, Suhaimi terpaksa memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni kerana minat itu sudah tertanam sejak sekian lama.

mawi masa keje giant...huuhu




celetoh salmahkecoh;sian mawi takde sape tgk dia nyanyi kat giant ni...ni sebenarnya gambar mawi masa keje giant sebelum dia masuk akademi fantasia...cuba tgk sekarang kalo dia mai je..alamat nye berpusu2lah org duk datang.

sumber;http://isu-hangat.blogspot.com/2008/06/mawi-masa-kerja-giant-sebelum-bergelar.html

Thursday, July 10, 2008

betul ni kekasih fasha sadha?..





celoteh salmahkecoh;cuba teka sape dieee!!
inilah wajah kacak yg sedang hangat diperkatakan sang kumbang fasha sandha sekarang..betul ke fasha?
sumber;http://www.mybikerz.com/

gambar terbaru perempuan melayu terakhir!!



celoteh salmah kecoh; cantik yek!! dia

dia bukan artis tapi dia cukup popular sekarang ini..





celoteh salmah kecoh;ni akak tak berani komen lah..kita tunggu je keputusannya ye..

sumber;http://mybikerz.com/saya-diliwati/#more-742

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

Tuesday, July 8, 2008

9 ogos maya kawen ali ye!!












celetoh salmahkecoh; akhir nya hantu kita ni kawen gak..dengan cikgu pulak tu,,,HARI2 CIKGU MAIN BOLAAAA!!!

sumber;http://www.gambarartis2u.blogspot.com/,http://www.mayakarin.com/

Jam 11 pagi tadi, Maya Karin telah mengumumkan dua perkara di satu sidang media yang diadakan di pejabat pengurusannya di Petaling Jaya.

Pertamanya, Maya Karin akan berkahwin dengan buah hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali pada 9 Ogos ini di Bellagio, Itali. Mmm… jauhnya? Kenapa jauh sangat?

Keduanya, Maya Karin juga telah melancarkan laman webnya, www.mayakarin.com

Budiey ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Maya Karin dan kekasihnya, Muhammad Ali. Semoga hubungan antara kalian kekal abadi hingga ke anak cucu nanti.

Fakta menarik:

  1. Maya & Muhammad Ali mula berkenalan semasa menemani adik Maya yang belajar di Garden International School. Muhammad Ali masa tu bekerja sebagai guru matematik.
  2. Steven telah memeluk Islam 4 tahun lalu
  3. Nama Muhammad Ali dipilih sebab ianya satu simbolik kepada semangat perjuangan pengusti terkenal Muhammad Ali.
  4. Maya Karin tertarik dengan Muhammad Ali sebab karakternya ada sense of humor dan mampu buat Maya ketawa.
  5. Majlis perkahwinan akan diadakan secara sederhana di Bellagio selama dua hari iaitu 9 dan 14 Ogos di sebuah villa persendirian milik famili Muhammad Ali.
  6. Maya akan memakai busana ciptaan Saiful Bahari untuk majlis kahwin di Itali dan busana Radzuan Radzwill untuk majlis di Kuala Lumpur.
  7. Untuk rakan-rakan dan media pula akan diadakan pada 29 Ogos di Kuala Lumpur.
  8. Upacara akad nikah akan disempurnakan oleh Imam Abdullah dan dihadiri oleh 70 orang.
  9. Pengumuman ini akan memadamkan segala gossip negatif skandal Maya dengan beberapa orang VIP.

Sunday, July 6, 2008

Wajah-wajah manis Dian Sastro













celoteh salmah kecoh; ingat lagi tak dengan pelakon ada apa dengan cinta..ni haa dia,,akak postkan gambar2 cantik dia..