Saturday, July 26, 2008

tanpa peminat sapelah Nubhan.....






celoteh salmahkecoh;alamak akak tersiar lagilah cite pasal lubhan nii...kwang222...
sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1518&c=3&s=7

Tiada siapa dapat menafikan kejayaan pelajar Akademi Fantasia (AF) adalah hasil sokongan peminat. Lantaran itu, hubungan antara bintang AF dan peminat tidak seharusnya tetrhenti selepas program itun selesai.


Antara yang pantas bertindak adalah pemenang tempat ketiga AF6, Nubhan yang lebih dulu mengadakan majlis meraikan peminat, mengalahkan juara AF6 iaitu Stacy, sendiri.


Apa yang pasti, sebaik saja menjadi artis didikan Ning Baizura, nama Nubhan makin popular di hati peminat lebih-lebih lagi dengan lagunya Ada Untukmu yang merdu.


Majlis yang diberi nama Sepetang Bersama Nubhan itu berjaya mengumpulkan lebih 200 peminat Nubhan yang digelar Nubbies. Paling istimewa, program santai ini turut dihadiri Datuk Khalid Yunus serta Ning Baizura selain keluarga Nubhan sendiri.

Apapun, Nubhan mempunyai daya tarikan tersendiri yang pandai berjenaka ketika mengadakan persembahan apatah lagi ia melibatkan peminat. Contohnya acara pada petang itu Nubhan sering berjenaka.


Program yang diadakan di Restoran Bora Ombak ini didahului dengan ucapan dari wakil-wakil VIP dan diteruskan dengan majlis perlantikan ahli jawatankuasa (AJK). Tahniah diucapkan kepada mereka yang diberi tugasan ini dan berharap agar dapat menjalankan tugas dengan baik.


Tamat saja majlis perlantikan, tetamu dihidangkan dengan jamuan istimewa dan diteruskan dengan persembahan nyanyian Nubhan serta cabutan bertuah dan permainan kerusi muzik.


"Alhamdulillah, majlis yang dirancang kini menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong Nubhan selama ini. Insya-Allah, Nubhan akan buat yang terbaik untuk semua. Bagi Nubhan, peminat ni macam kawan Nubhan sendiri.


"Teruslah menyokong Nubhan. Tanpa anda semua, siapalah Nubhan," jelas Nubhan yang turut berpakaian jingga sesuai dengan tema majlis.

No comments: