Wednesday, July 23, 2008

konsert inul batal!!





celoteh salmahkecoh;kesian penyanyi dangdut indonesia ni..nggak bisa bikin konsert di malaysia..huhu

sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1475&c=1&s=1

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2008:
Penyanyi Gelek Gerudi Indonesia, Inul Daratista, menangis dan hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya yang dijadual berlangsung di Johor Bahru, esok (Sabtu), dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Johor Bahru.


Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah, 29, yang muncul dalam sidang media di Hotel Concorde di sini petang tadi nyata tidak dapat menahan rasa sedih apabila diberitahu mengenai pembatalan Konsert Inul Live In JB itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.


Walaupun pihak penganjur IMS Prima Sdn Bhd (IMS) telah dimaklumkan secara lisan pada 16 Julai lalu berhubung permit tersebut ditolak, mereka hanya tampil mengesahkan perkara itu kepada Inul apabila bermulanya sidang media petang tadi.

No comments: