Sunday, September 14, 2008

salah Dato'


sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=2017&c=1&s=1

KUALA LUMPUR, 10 SEPT 2008:
Kemunculan Pengerusi Pro Sinar Event Management Sdn Bhd, Dato' Muhamad Jafri Din, 40, di majlis perjanjian usahasama membabitkan album raya terbaru Noraniza Idris di ibu negara, petang semalam menimbulkan tandatanya di kalangan tetamu.


Soalan cepu emas - adakah beliau bekas suami kedua Noraniza?


Perkara ini timbul selepas anak Noraniza sendiri, Mohammad Aliff Haiqal Mohammad Fauzi, 19, memberitahu wartawan bahawa bekas bapa tirinya itu ada dalam majlis berkenaan.


"Ya, dia (bekas bapa tiri) ada di majlis ini," kata Aliff kepada wartawan apabila ditanya mengenai bekas suami ibunya itu. Sebelum itu wartawan meminta komen Aliff tentang keputusan ibunya berkahwin dan bercerai buat kali kedua.


Kemudian, apabila wartawan bertanya sendiri kepada Dato' Jafri, beliau berkata: "Apa maksud awak? Saya tak faham soalan itu."


Namun, selepas ditanya sekali lagi dia menjawab: ""Maaf, saya bukan Dato' yang baru bercerai dengan Noraniza itu. Semua ini hanya salah faham. Siapa yang beritahu awak? Nasib baik awak bertanya kepada saya. Kalau tidak, timbul pula isu lain."


Sebaliknya, Dato' Jafri berkata dia baru saja berkenalan dengan Noraniza dan membantu projek yang diuruskan penyanyi itu menerusi syarikat Noraniza Idris Productions Sdn Bhd (NIP).


"Saya baru saja kenal dengan Noraniza. Itu pun saya kenal melalui pekerja saya. Sebenarnya, selepas membaca proposal beliau, saya dapati ia menarik dan apa salah Pro Sinar mengambil bahagian," katanya yang pernah bertugas sebagai wartawan dan juru kamera untuk akhbar tabloid Mingguan Warta pada 1990.


Sementara itu, Aliff berkata perpisahan kali kedua ibunya tidak memberi kesan mendalam berbanding ketika ayah kandungnya, Fareez, bercerai dulu.


"Ya, memang Aliff cakap dengan ibu supaya menerangkan status dirinya sekarang kepada pihak media. Aliff tidak mahu orang fitnah dan periuk nasi ibu tersekat. Kalau sembunyi nanti banyak pula dugaan menimpa ibu.


"Terus terang, hubungan Aliff dengan bekas ayah tiri tidak ada apa-apa masalah. Aliff dan adik (Mohammad Alfeeq Haiqal) sudah anggap dia macam ayah kandung. Begitu juga hubungan Aliff baik dengan ibu tiri kami (isteri baru Fareez).


Apa yang menarik, Aliff sendiri diberi peluang menguruskan NIP bersama ibunya.


"Selepas habis SPM, Aliff terus bantu ibu berniaga. Aliff memang tak ada pengalaman dalam bidang ini tapi Aliff sanggup belajar dan mahu melihat ibu terus berjaya," katanya.

No comments: