Sunday, September 14, 2008

Ifa Raziah Nafi Suka Bermusuh!






sumber;http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=2062&c=13&s=52Tek

tindakan Azwan Ali bersalaman sambil bermaaf-maafan dengan bekas rakan baiknya, Ifa Raziah, benar-benar mengejutkan ramai wartawan serta rakan artis yang lain. Apatah lagi bila insiden tersebut telah dilakukan secara terbuka di majlis rakaman rumah terbuka Melodi Raya 2008 di Hotel Sunway Lagoon, Khamis lalu, 11 September 2008.


Apakah ia sekadar lakonan plastik daripada Azwan atau benar-benar satu kemaafan di bulan mulia? Apa kata komen Ifa sendiri terhadap tindakan Azwan itu?


"Sepanjang berada dalam industri seni ini, saya tak pernah nak bermusuh dengan sesiapa pun. Jadi, tidak timbul pun saya ini yang cari masalah dengan mana-mana artis termasuklah Azwan Ali.


"Bila orang hulur tangan untuk bersalaman, saya akan sambut. Kadangkala bersalaman itu bukan bermaksud kita dah buat dosa dengan orang. Sama ada ia plastik atau tidak, terpulanglah kepada Azwan. Kita tidak akan tahu hati orang," katanya kepada murai.com.my.


Ditanya apakah dia akan kembali berkawan rapat dengan insan bernama Azwan Ali selepas dilapor bermasam muka di Genting Highlands tidak lama dulu, Ifa berkata, lebih baiklah mereka tidak serapat seperti dulu-dulu.


"Kalau rapat sangat susah, nanti kalau jadi apa-apa, kita pula akan rasa tersentap. Kalau tak rapat sangat, apa yang berlaku kita akan terima dengan cara yang profesional," katanya.


Mengulas mengenai kenyataan Azwan dalam Melodi dulu bahawa dia tidak akan memanggil Ifa dalam apa-apa jua rancangan yang dijayakan atau diterbitkannya, Ifa berkata, perkara itu langsung tidak menjadi masalah buatnya.


"Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan Azwan. Selama ini pun Ifa Raziah naik di atas hasil usaha dan kerja kerasnya sendiri termasuklah dibantu suami. Bukan sebab Azwan Ali," katanya.


Tunggu RM70,000 daripada Safura


Dalam perkembangan lain, Ifa berkata, dia juga kini sedang menanti bayaran sebanyak RM70,000 daripada penyanyi dan pelakon Safura selepas memenangi kes saman dengan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, tidak lama dulu.


Safura menyaman Ifa beberapa tahun lalu kerana mendakwa bahawa penyanyi dangdut itu telah membomohkan dirinya. Namun, segala dakwaan itu gagal dibuktikan dan kejayaan berpihak kepada Ifa.


Kata Ifa, kalau hendak diikutkan, dia boleh minta lebih sebagaimana yang diminta Safura sendiri iaitu sebanyak RM500,000 daripada dalam kes saman itu.


"Tapi saya ini jenis yang tidak sampai hati. Saya hanya minta RM70 ribu saja untuk bayar kos guaman saya. Bagi pihak saya semuanya sudah selesai. Kini, hanya menanti bayaran Safura saja.


"Kalau dia enggan bayar jumlah RM70,000 itu, saya akan beritahu peguam untuk keluarkan wang tangkap terhadap dia," katanya dengan tegas.


Sementara itu, sepanjang Ramadan ini juga, Ifa akan turut aktif berniaga iaitu menyediakan hamper yang bernilai RM100 hingga RM350 dengan menampilkan 5 jenis kuih yang berbeza iaitu Tart Nenas, Apple Crunchy, Cheesy Cheese, Cappucino Crunchy serta Strawberry Mushroom.


"Semua kuih dan hamper ini saya yang buat sendiri. Kebanyakan yang menempahnya adalah dari semua jenis golongan termasuklah pihak korporat. Kalau ada yang berminat, bolehlah tempah di talian 019-3929238," katanya.


Memandangkan dia sibuk sepanjang Ramadan ini, Ifa berkata persiapan untuk raya sudah pun dibuat sejak 2 bulan yang lalu.


"Untuk baju raya saja saya memiliki 10 pasang tetapi kesemuanya ditaja Shamina Omar yang memiliki butik di Anggerik Mall, Shah Alam. Satu family saya ditajanya," ujar Ifa.


Ifa dijangka meraikan raya pertamanya di Kuala Lumpur dan kemudian di Ipoh bersama keluarga sebelah suaminya. Kemudian, barulah dia menuju ke Alor Setar, Kedah pula untuk bertemu sanak saudara terdekatnya pula.

No comments: