Sunday, September 14, 2008

emmm..sian betul ngan kak yan


Kita sedia maklum, dugaan Tuhan untuk manusia datang dalam pelbagai bentuk. Murai Batu amat bersimpati dengan bintang handalan Azean Irdawaty kerana terpaksa menempuh satu lagi dugaan besar berhubung kesihatan dirinya di bulan puasa yang mulia ini.


Murai Batu diberitahu kelmarin bahawa Azean atau Kak Yan, mendapat pengesahan pakar perubatan bahawa sel-sel barah dalam tubuhnya kini dikesan pula di bahagian paru-paru dan hatinya, beberapa bulan selepas beliau pulih daripada penyakit kanser payudaranya itu.


Rakan Murai Batu berkata, Kak Yan menghangar SMS kepada teman-teman rapatnya termasuk wartawan hiburan tentang perkara itu tetapi dalam nada yang sungguh tenang.


"Kak Yan cakap dia sedang menjalani rawatan herceptin sehingga Mac 2009 selain perlu menjalani sekali lagi sesi rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali bermula 23 September ini.


"Terharunya apabila Kak Yan dengan jujur berkata dia bukanlah hendak meraih simpati, jauh sekali ratap sedih kerana apa yang dia perlukan adalah doa rakan-rakan dan saudara mara supaya sel-sel barah itu dapat dihapuskan sama sekali dari dalam tubuhnya," kata rakan Murai Batu itu.


Jadi, pada kesempatan ini Murai Batu juga berdoa kepada Ilahi supaya Kak Yan diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk terus melawan penyakit kansernya itu dan berharap semua peminat juga akan turut mendoakan kesihatan beliau agar pulih seperti sedia kala, insya-Allah.

No comments: