Friday, May 30, 2008

ako kecik!!













celoteh salmah kecoh; tomel tul lah dulu..tapi sekarang lagilah tomel..heheh


sumber;http://a-k-o.fotopages.com/

Thursday, May 29, 2008

kesian abang nasir....


FREDDIE Fernandez (kiri) menghulurkan bantuan kepada Nassier Wahab sambil diperhatikan oleh rakan-rakan artis yang hadir menziarahinya baru-baru ini.


TRAGEDI yang hampir meragut nyawanya bagaikan memberi tekanan dan tamparan hebat buat penyanyi malar segar, Nassier Wahab.Masakan tidak, kebakaran yang berlaku di rumahnya yang terletak di USJ pada 14 Mei lalu akibat litar pintas itu masih lagi menyebabkan dirinya di dalam trauma yang dia sendiri tidak akan tahu bilakah akan menghilang.

Jika diikutkan, mahu sahaja dia berpindah ke sebuah lagi rumahnya yang terletak di Shah Alam, Selangor untuk memulihkan kembali semangatnya agar dia mampu meneruskan kehidupannya seperti sedia kala.

Namun dia sedar, tiada gunanya dia berpindah rumah, seandainya jiwanya tidak diubati dan masih lagi terbayang-bayang akan kejadian yang menimpanya sehingga dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama dua hari.

"Untuk itu, selepas ini, saya akan cuba berubat secara tradisional untuk memulihkan kembali semangat saya dan saya juga mahu terus bekerja.

"Sejak kejadian yang menimpa saya tempoh hari, saya terpaksa melepaskan beberapa persembahan terutama persembahan yang melibatkan istana.

"Mujurlah mereka faham dengan keadaan saya dan saya juga sedar bahawa ini semua dugaan dan cabaran untuk saya.," demikian cerita Nassier sewaktu ditemui di rumahnya yang terletak di USJ baru-baru ini.

Menceritakan trauma yang dialaminya, Nassier memberitahu, beberapa hari selepas kejadian buruk itu berlaku, ada satu ketika rumahnya bergelap secara tiba-tiba.

"Pada waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana saya rasa dan debaran serta ketakutan sudah mula menyelubungi diri saya sehinggakan saya menjerit. Kemudian, barulah saya tahu, rupanya bukan rumah saya sahaja yang bergelap tetapi seluruh kawasan perumahan saya.

"Bukan itu sahaja, saya juga kini begitu sensitif terhadap bunyi yang walaupun bunyi itu hanyalah kecil sahaja," ceritanya lagi.

Pada waktu kejadian, isterinya, Fatimah Abd. Rauf dan anak mereka, Intan Najihah tiada di rumah dan Nassier sememangnya cukup bernasib baik kerana ada jirannya yang sanggup menolongnya memadamkan kebakaran seterusnya membawanya ke hospital.

Berikutan itu, Nassier mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangannya manakala kedua belah kakinya pula melecur.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta dan Memori Cinta Luka ini juga tidak putus memanjatkan kesyukuran apabila kesihatannya kini semakin pulih.

Namun begitu, atas nasihat doktor, dia dikehendaki untuk berehat dalam tempoh sebulan untuk memastikan dirinya benar-benar sihat sebelum dia mampu meneruskan aktiviti seninya seperti sedia kala.

Dalam kesedihan yang dialaminya itu, dia masih lagi mampu melemparkan senyuman saat rakan-rakan baiknya seperti Salwa Abdul Rahman, Jaafar Onn, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Noryn Aziz sempat meluangkan masa melawatnya.

Malah, penyanyi veteran, Datuk Ahmad Jais juga katanya, menziarahinya sewaktu dia berada di ICU.

Kejadian yang menimpa Nassier juga turut mendapat simpati Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) apabila pengerusinya, Freddie Fernandez turut menziarahi penyanyi itu dan menyumbangkan RM1,000 buat penyanyi itu.

"Sumbangan kami ini tidaklah sebesar mana. Lagipun, apabila kejadian seperti ini menimpanya, maka, wajarlah diberi bantuan.

"Malah, Nassier merupakan orang kuat Karyawan dan tidak pernah gagal untuk menghadiri mana-mana pertunjukan yang kami adakan," kata Freddie sambil disambut dengan senyuman Nassier tanda terharu dengan bantuan yang dihulurkan.

Wednesday, May 28, 2008

si janda manis--rozita che wan makwe si zizan nin













celoteh salmah kecoh; kak sal dulu masa muda2 sikit lebih kurang camni la..jangan jelus ye....

sumber;http://syokkahwin.com/

Umumnya mengetahui bahawa pelakon cerita SUSUK dan JELATANG, ROZITA CHE WAN sedang bercinta dengan ZIZAN NIN. Romantis sekali. Anak-anak pun sudah pandai bermesra dengan ZIZAN NIN. May be they are getting married soon. ROZITA has 2 kids, Aniq Ezzra dan Amma

Tuesday, May 27, 2008

laser dari akakk!!!!!!!!

celoteh salmah kecoh; gua caya la sama luu ,,lagi laser dari akakk niiii!!!

sumber;http://minaq-jinggo.fotopages.com/

juri tetap yang tetap kena maki hamun dengan para tenaga pengajar. Berserabut telinga mendengar hamunan tenaga pengajar yang tak puas hati dengan komen2 Adlin. Tiap2 kali Adlin komen dah tentu terkeluar hamunan seperti "Wooooi apa yang kau tahu haaa??? Sekolah pun tak habes. Itu pasal la bangang". Kami duduk atas lantai kira2 tiga kaki jarak dari barisan pengajar.. dah tentu kami dapat dengar dengan jelas. Secara peribadi memang dari mula2 si Adlin ni appeared on TV memang I meluat tahap gaban dengan cara dia berbahasa.. "KAU' & "AKU" digunakan dengan cara kasar sangat dan nampak kurang ajar..
Go read comments on Adlin at CARI FORUM








Monday, May 26, 2008

irwanshah dan acha buah!!hehe






celoteh salmah kecoh;korang rase diorg ni padan ke?

sumber;http://gambarartis.blogspot.com/2006/11/galeri-acha-septriasa.html

Acha Septriasa - pelakon yang sekarang ni famous dengan filem Heart berpasangan dengan Irwansyah.Biodata ACHANama penuh & komersial: Acha SeptriasaTarikh lahir: 1 September 1989Tempat lahir: Jakarta, IndonesiaTinggi: 1.65 smBerat: 45 kilogramFilem: Heart

Sunday, May 25, 2008

leleh tengok Nubhan tu haaa!!

coloteh salmah kepoh;
kak sal ni sebenar2nya suke sgat lah ngan lubhan tu..dia tu ala irwan shah tuha...tak dapat irwanshah dapat Nubhan pun jadik lah ye;;;tapi tula mungkin dah memang rezeki si stacy tu menang malam tu..takper lubhan cuba lagi ye tuk contest lain..moga jaya lah ye sume peserta2 akademi fantasia ni..

Sumber:utusan online 26mei 2008

Stacy juara Akademi Fantasia Ke-6

KUALA LUMPUR 24 Mei – Setelah enam kali Akademi Fantasia (AF) diadakan sejak tahun 2003, buat pertama kalinya peserta dari Sabah, Stacy (gambar) dinobatkan sebagai juara AF6 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Dengan kemenangan Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dia mengekalkan penguasaan pelajar perempuan untuk kali kedua menjuarai AF selepas Noorsyarmilla Jirin atau Mila pada tahun lalu.

Kemenangan Stacy sudah dijangka kerana bermula dari konsert pertama pada 22 Mac lalu hingga kesembilan, dia sentiasa memberi persembahan bertenaga dan menduduki di tempat yang selesa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penyokongnya.

Stacie yang menyanyikan lagu Atas Nama Cinta (dendangan asal Rossa) dan sebuah lagu baru, Aku Stacy dengan penuh bangga membawa pulang hadiah yang bernilai lebih RM700,000.

Hadiah itu berupa sebuah rumah banglo di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka bernilai RM550,000 dan juga pakej percutian ke Afrika Selatan, kereta Peugeot 307 XS bernilai RM139,535, wang tunai berjumlah RM25,000 serta sebuah trofi bersalut emas.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, atau Riz yang menyampaikan lagu 11 Januari dan Hanya Sandiwara.

Dia memenangi sebuah kereta Naza Bestari bernilai RM68,877, pakej percutian ke Afrika Selatan, wang tunai berjumlah RM15,000 serta sebuah trofi.

Sementara itu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahmad, 22, yang mempersembahkan lagu Bukan Di Sini (dendangan asal kumpulan Sofaz) dan Ada Untukmu (lagu baru) mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat menjadi milik Khairul Nizam Baharom atau Toi dan kelima dimenangi oleh Nadia Haswani Hasnan atau Nadia.







Nama Penuh : Stracie Angie Anam
Bangsa : Kadazan
Status : Bujang
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155cm
Berat : 51kg
Hobi : Menyanyi, menari


Cinta baru nak terputik niii..cewah!!

kak hantu malaya!!

celoteh salmahkepoh: ni lah akak kita yang suke jadik hantu kat malaysia..tapi akak kita ni tak minum darah ..tapi dia minum air sirap....kadang2 air sirap limau..keke..kak sal dulu lawa camni gak tapi sejak dah anak lapan ni takleh nak cakaplah..

petikan dari;http://gambarartis.blogspot.com/




















Biodata
Nama: Maya Karin Roelcke
Latar keluarga: Malay-Indian-Chinese and Germany
Lahir: 29 October 1979 di Bayreuth, Germany
Tinggi: 168cm
berat: 48kg

Friday, May 23, 2008

Wah!!! 6juta tu!!!!!!!

petikan dari utusan online 24mei 2008;
Siti ada sebab pindah kebanglo

ni nak cite sikit ni kat paper semalam kuar lagi cite kak siti kita ni dah semakin kaya sekarang..waduh2!! 6 juta tu...kak sal asyik terpikir je cane nak sapu romah yg besar camtu yek...emm..kalo guna vekum pun tak terhabis rase nye tu..mungkin lah minggu sapu tingkat pertama minggu depanlak baru sapu tingkat kedua..kalo kak sal lah ada romah gaya ini emmm kompom tak kuar rumah sebab rumah tu pun tak terlarat nak explore..so kene explore sikit2 lah ye..huhu.
DAto' siti ni bukan ape dia kata dia nak jaga kebajikan pak dan mak mertuanya..kira nak buat kebajikan lah gitu..jgn lah marah kat dia dah memang rezeki dia kan tu....mungkin lepas ni rezeki kamu lak ..hehe..razeki kak sal pun tak tau lah bila lagi..sedih2222....huhuh

ape2 pong ni akak kasi keratan akbar tu,,so cik mah2 sume baca sendiri lah ye

Siti ada sebab pindah ke banglo


INILAH banglo mewah di Bukit Antarabangsa yang didiami oleh Khalid Mohammad Jiwa bersama isterinya, Siti Nurhaliza yang menjadi perbualan ramai.


BIARLAH orang buat spekulasi. Siti tidak berupaya untuk menghalang orang bercakap apa saja mengenai diri Siti."Itu merupakan luahan yang entah berapa kali disuarakan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merujuk kepada cakap-cakap orang mengenai dirinya.

Menyedari kedudukannya sebagai artis ternama tanah air, Siti hanya mampu untuk membiarkan dirinya menjadi topik perbualan ramai.

Terbaru, isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu diheret sekali lagi dalam isu kehadirannya sebagai penghuni baru banglo mewah bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur yang pernah didiami Khalid dan bekas isteri pertamanya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Siti sanggup menghuni kediaman itu sehingga menghukumnya sebagai seorang wanita yang zalim.

Hakikatnya, tiada siapa yang cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri kepada usahawan yang membina rumah itu.

Pada satu pertemuan eksklusif dengan pasangan suami isteri itu di banglo RM6 juta berkenaan kelmarin, Siti dan Khalid sugul memikirkan kenapa isu itu terus ditiupkan oleh pihak-pihak yang seperti mencemburui kebahagiaan mereka berdua.

Bagi Khalid, beliau masih boleh bersabar kerana isu itu agak remeh kerana sebagai seorang usahawan sudah banyak sepak terajang dalam bidang perniagaan yang dilaluinya.

Namun melihat kerisauan isteri tercinta, Khalid memohon pengertian semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap mereka berdua.

Kata Khalid, beliau tidak pernah menafikan hakikat banglo itu menyimpan banyak kenangan antaranya dengan Tengku Zawyah.

Pada masa yang sama, Khalid berkata, beliau sangat realistik bahawa pengalaman hidup dengan Tengku Zawyah sudah berlalu.

Sementelah Khalid pula kini sudah mempunyai kehidupannya sendiri, begitu juga dengan bekas isterinya.

Dan beberapa bulan lalu, Tengku Zawyah juga ujar Khalid, memilih untuk berpindah dari mendiami kediaman itu ke rumah lain.

"Oleh kerana dua orang anak kami tidak tinggal di banglo itu kerana belajar di luar negara dan seorang lagi di asrama, maka Tengku Zawyah merasakan dia kurang selesa untuk tinggal di rumah sebesar itu.

"Jadi, dia membuat keputusan untuk berpindah dan saya harus menghormati keputusan yang dibuatnya," terang Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau punca bekas isterinya itu membawa diri keluar dari banglo yang merupakan harta sepencarian mereka sebelum bercerai pada 2005.

Khalid juga memberitahu, segala urusan perpindahan Tengku Zawyah dilakukan secara baik antara kedua-dua pihak.

"Daripada membiarkan rumah itu kosong, saya bawa Siti tinggal bersama saya. Kebetulan juga, ayah dan ibu saya menetap di situ.

"Di banglo ini juga, ayah saya yang sedang uzur ditempatkan. Saya mahu sentiasa bersama ayah saya, menjaga dia dan memastikan dia mendapat rawatan yang baik.

"Begitu juga dengan ibu. Saya tidak mahu berjauhan daripada mereka terutamanya pada saat-saat ini," jelas Khalid lagi.

Ayahnya, Mohamad Jiwa Abdullah, 78, yang uzur kini dijaga oleh beliau selepas sekian lama menghidap penyakit strok.

Pada masa yang sama, Khalid juga berjanji akan menyerahkan banglo berkenaan kepada salah seorang anaknya apabila sampai masanya kelak.

Lalu, soal Khalid lagi, apakah menjadi kesalahan baginya membawa isterinya menetap di banglo itu.

"Saya sangat hairan kenapa masih ada orang mahu kecoh mengenai isu ini. Saya mohon pengertian semua orang agar memberi ruang kepada saya dan Siti untuk menguruskan kehidupan kami," pinta Khalid berkali-kali.

Menurut Khalid, beliau sangat menghargai kesudian Siti untuk menetap di banglo itu biarpun ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap mereka.

Sementara itu, Siti pula dalam reaksinya memberitahu, sebagai seorang isteri, dia akan mengikut apa sahaja kehendak suami khususnya terhadap perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada rumah tangga mereka.

"Siti juga ada perasaan, ada rasa tanggungjawab. Ini keputusan yang suami buat, mahu atau tidak, Siti harus ikut. Janganlah buat dakwaan sesuka hati," kata penyanyi itu lagi.

Bagaimanapun, Siti secara peribadi mengakui, dia lebih senang untuk tinggal di kondominium mewah di Jalan Ampang yang selama ini didiaminya, namun Siti harus akur dengan keputusan suaminya itu.

"Tetapi sesekali kami balik juga ke kondominium yang kami tinggal sebelum ini," sambung penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu Melawan Kesepian ini lagi.

Paling utama kata Siti, selain daripada undangan daripada suami, hatinya juga terbuka untuk menetap di banglo berkenaan kerana menghormati ibu dan ayah mertuanya yang juga menetap di sana.

"Siti sangat gembira dan begitu selesa kerana ibu dan ayah mertua juga sama-sama menetap di sana.

"Sekurang-kurangnya, Siti juga berpeluang untuk menjaga kebajikan mereka berdua," katanya lagi.

Khalid dan Siti mengharapkan penjelasan ini akan menoktahkan segala pandangan kurang enak sebilangan masyarakat yang barangkali kurang mengerti kedudukan mereka.