Tuesday, November 4, 2008

Sunday, November 2, 2008

norman hakim kene tangkap khalwat...

Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat


Ini dia gambar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi yang telah ditangkap khalwat bersama dengan Norman Hakim baru-baru ini. Untuk info korang yang tak kenal Memey nih, Memey adalah seorang pelakon yang telah menjayakan drama bersiri 12 episod, Lara Rindu Mahsuri di samping pelakon-pelakon hebat lain iaitu Norish Karman, Eman Manan, Sherry Ibrahim dan Kartina Aziz di TV3. Lakonan Memey biasa-biasa saje. Tapi muka dia lawa dan manis giler. Sejibik macam Foujiah Gous.

Pendatang baru tapi gossip pasti akan ada untuk menaikkan nama Memey. Selain gempar dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Abby Abadi dan Norman, Memey juga pernah dikatakan lupa diri sedikit masa lalu. Sebabnya ada orang kata dia bergaduh dengan ibu saudaranya, Darling Ngasri yang membantu untuk menaikkan nama Memey dalam bidang lakonan. Macam kacang lupakan kulit. Kesian kat Memey masa tu… sebab dia kata, dia takdelah nak bergaduh. Kata Memey, sebenarnya itu hanya salah faham tapi pihak media yang membesarkan cerita tersebut. Memey dan Darling okay.

Gambar ini diambil ketika pelancaran drama Akukah Tanggang? dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid… masa ini kami tengah gempar dengan tragedi Fasha Sandha diserang oleh media yang mahu memboikot Fasha.

Semoga Abby Abadi tabah menghadapi dugaaan. Saksikan Melodi TV3 hari ini untuk menonton TERJAH abang Nas bersama Norman Hakim. Apa jawaban Norman Hakim selepas kebenaran yang dimahukan telah diterlaksana?

Cantiknya Memey, manis kan?

Fasha Sandha Wannabe?

aziz m.osman bercerai...

Kesiannya kat pengarah Aziz M Osman ni kena tipu. Itulah, lain kali kena hati-hati dengan perempuan nih. Harap-harap, ustazah Radhiah ni tak mengandung… kalau mengandung camna? Mmm…

“Bukan salah dia. Dia tertipu…” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.

Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.

Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.

“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar. Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan. Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.
-sumber Harian Metro


sumber;http://www.budiey.com/